E-Kelas Siri 13
13 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada Hari Jumaat yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah menjalankan E-Kelas untuk siri yang ke 13 bagi pelajar-pelajar dari tahun 6 sehingga tingkatan 5 sekitar Pusat Internet Kampung Telaga Air. Minggu ini pelajar mengikuti kelas Bahasa Inggeris dan mereka telah diberikan tugas untuk melakonkan peranan masing-masing menggunakan pakaian yang sesuai untuk lakonan tersebut dan mereka turut diberikan tugas untuk mengambil video lakonan mereka mengikut kumpulan yang telah dibahagikan dan menghantar video tersebut selewat-lewatnya pada 21 April nanti. Kelas ini telah diadakan dari jam 3:00PM sehingga jam 6:00PM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: